Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau yakin kewujudan hotel tersebut yang bakal dirasmikan pembukaan besar-besarannya oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah malam ini mampu menjadikan pulau legenda itu sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi di rantau ini.

“Selama ini, kita telah berjaya membuka Langkawi sebagai pusat pelancongan untuk peringkat pertengahan. Apa yang kita cuba lakukan kini adalah cuba menarik golongan ‘pelancong premium’ yang mampu mendatangkan rezeki lebih termasuk pekerjaan berpendapatan tinggi buat anak tempatan.

“Selepas ini ada pembangunan lain yang akan menyusuli The St. Regis. Dari situ, saya yakin ada pertambahan permintaan untuk kraftangan, kereta sewa mewah dan perhubungan luar buat Langkawi yang ketika ini cuma mempunyai satu penerbangan terus dari Guangzhou, China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan singkat ke hotel tersebut dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: